Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pesona pemandangan, perayaan Korea

    KOREA – Masih tercari-cari destinasi menarik untuk dikunjungi? Awda tidak perlu risau kerana pada keluaran kali ini akan memberi beberapa maklumat tentang tempat yang sesuai di sekitar korea di mana awda boleh menikmati pemandangan yang boleh memberi kesegaran mata, di samping festival menyeronokkan sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

    KEINDAHAN TAMAN DI VICHEOLLIN

    Vicheollin ialah taman tema di Jeju di mana ia dilengkapi dengan hamparan bunga hydrangea, vervain dan trumpet vine.

    Taman ini mempunyai gotjawal secara harfiah bermaksud semak hutan, serta mempunyai taman kecil yang kekal hijau. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mencari tempat terpencil dan ingin menghindari daripada tekanan kehidupan di bandar.

    Untuk memasuki tempat tersebut bagi dewasa ialah 17,000 won, manakala bagi orang di bawah umur dikenakan bayaran 16,000 atau 15,000 won, dan warga emas pula hanya perlu membayar 15,000 won. Taman tersebut dibuka dari jam 8:40 pagi hingga 6 petang.

    LEMBAH BESAR WONJU SOGEUMSAN

    Bagi sesiapa yang takut kepada ketinggian, awda perlu mempersiapkan diri sebelum melihat ke bawah. Jambatan Gantung Sogeumsan di Wonju, Wilayah Gangwon, adalah jambatan pejalan kaki terpanjang di Korea iaitu sepanjang 200 meter yang digantung melintasi ngarai.

    Taman yang kelihatan mekar dan kekal hijau di Vicheollin. – The Korea Herald
    Pertunjukan taman di sepanjang Sungai Han. – The Korea Herald
    Perayaan di Jambatan Jamsu. – The Korea Herald
    Bunga popi dengan selaput ungu Cina Mekar di Pulau Jara. – The Korea Herald

    Pertunjukan Malam Cahaya akan berlangsung di Sogeumsan, dengan pertunjukan air pancut dan pemasangan hiasan menghiasi persekitaran gunung dalam kepelbagaian warna. Pertunjukan tersebut akan bermula 27 Oktober pada Sabtu, Ahad dan cuti Chuseok.

    Lembah Besar Wonju Sogeumsan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Bagi kemasukan umur 13 tahun dan ke atas ialah 3,000 won.

    BUNGA MEKAR DI PULAU JARA

    Perayaan musim bunga akan berlangsung di Pulau Jara di Daerah Gapyeong di Wilayah Gyeonggi hingga 16 Jun.

    Di Taman Bunga Namdo di pulau yang terkenal dengan festival jazz tahunannya, bunga popi akan mekar dengan selaput ungu Cina yang sudah menghampiri kemuncaknya. Di samping itu,bunga kanola kuning turut menambah warna terang pada taman tersebut.

    Taman berkenaan dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dan bayaran kemasukan adalah 7,000 won manakala 5,000 won dikembalikan dalam baucar yang boleh digunakan di restoran, kafe dan kedai berdekatan.

    PERTUNJUKAN TAMAN DI SEPANJANG SUNGAI HAN

    Pertunjukan Taman Antarabangsa Seoul 2024 berlangsung hingga 8 Oktober, di Taman Ttukseom Hangang di Gwangjin-gu.

    Kemasukan adalah percuma, sesiapa sahaja boleh bersiar-siar ke taman tersebut. Ia dibahagikan kepada taman yang berbeza-beza. Bermula daripada rakyat kepada syarikat kemudian kepada artis, semuanya menunjukkan tema Seoul, Green Vibe.

    Taman itu dibuka dari tengah hari hingga 7 malam sehingga Ogos, manakala dari September hingga Oktober ia akan dibuka pada jam 11 pagi hingga 6 petang.

    PERAYAAN DI JAMBATAN JAMSU

    Perayaan sedang berlangsung di Jambatan Jamsu berhampiran Taman Banpo Hangang setiap hari Ahad hingga 23 Jun.

    Ia dibuka antara 1 petang hingga 9 malam. Antara acara yang terdapat pada perayaan itu ialah konsert muzik klasik, trak makanan dan petak jualan. Khemah juga akan didirikan di atas jambatan yang menghadap ke Sungai Han, dengan tempat terbuka kepada mereka yang membuat tempahan dalam talian. Pertunjukan air pancut pelangi juga dijadualkan pada waktu malam. – The Korea Herald

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...