Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pesron Sabah mohon dana biayai latihan OKU

    KOTA KINABALU, 30 Nov – Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Sabah (Pesron Sabah) memohon sumbangan dana daripada masyarakat bagi membiayai kos latihan dan pembelian peralatan sukan khusus untuk atlet OKU.

    Presidennya Tan Hwa Koon berkata persatuan itu masih kekurangan dana bagi membolehkan atlet OKU berlatih, yang kebanyakannya terlibat dalan sukan memanah, badminton, renang, olahraga dan ping pong.

    “Acara sukan dalam kalangan atlet OKU sememangnya memerlukan dana yang tinggi kerana kami memerlukan alat sukan yang istimewa dan berlainan daripada alat sukan biasa.

    “Kami akan berterusan mencari dana untuk menampung perbelanjaan latihan bagi membolehkan kami melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

    Tan berkata orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi wakil Pesron Sabah iaitu Normala Othman di talian 012-8302205.

    Beliau turut menghargai sumbangan sekumpulan pemain golf elit di negeri ini yang menyumbang RM10,000 kepada persatuan itu baru-baru ini.

    Katanya, sumbangan itu disampaikan oleh wakil kumpulan tersebut Samuel Chin dan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan latihan dan peningkatan prestasi atlet OKU di bawah naungan Pesron Sabah. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini