Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Bola Sepak persiapkan pemain DFA

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 120 pemain Dash Football Academy (DFA) telah menyahut cabaran dalam Pesta Bola Sepak anjuran DFA yang diadakan kelmarin, bertempat di Padang Sekolah Menengah (SM) Rimba.

    Pesta Bola Sepak yang dibahagikan kepada empat kategori di bawah umur lapan, 10, 12 dan 16 tahun itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain, jurulatih, ibu bapa dan penjaga serta peniaga-peniaga tempatan.

    Selain itu, ia juga memberikan pendedahan awal kepada pemain DFA sebelum mengikuti sebarang pertandingan tempatan ataupun peringkat antarabangsa, serta meningkatkan kesedaran awam mengenai keperluan dan kepentingan memberikan sokongan dan dorongan kepada pemain bola sepak di peringkat akar umbi.

    Perkara itu dikongsikan oleh Pengasas dan Ketua Jurulatih DFA, Pengiran Mohd Shahrom bin Pengiran Haji Ismail.

    Penyampaian pingat-pingat kepada para pasukan pemenang di-sampaikan oleh Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Julaihi bin Mohamad; Timbalan Pengetua SM Rimba, Johnny Lim Chung Ni; serta wakil dari Sotomamaku dan Hui Huang Enterprise.

    Acara tersebut turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemain-pemain terbaik bagi tahun 2024 yang telah disampaikan oleh penaja-penaja pesta berkenaan.

    Pemain DFA yang menyertai Pesta Bola Sepak DFA bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN DFA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda