Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Bukit Beruang ketengah pelbagai aktiviti menarik

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 26 Feb – Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan RPN Bukit Beruang dengan kerjasama Takmir Masjid Bukit Beruang, Persatuan Kesuma, Pengawas Kejiranan Kampung Bukit Beruang dan Kumpulan Berbasikal, Ekspedisi, Sukarelawan Daerah Tutong (BEST), buat julung-julung kalinya telah mengadakan Pesta Bukit Beruang yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini di Dewan Kemasyarakatan RPN Bukit Beruang, Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan pesta berkenaan pagi tadi ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit yang juga selaku Penghulu Mukim Telisai, sebagai wakil peribadi Pegawai Daerah Tutong.

    Majlis telah dimulakan dengan senam zumba dan diikuti dengan beberapa aktiviti seperti permainan ‘Apa tu?’, perlawanan tarik kalat, cabaran aksi basikal dan banyak lagi.

    Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang pesta berkenaan antaranya bazar jualan, pameran, beberapa peraduan untuk pengunjung-pengunjung seperti Peraduan Silang Kata, Peraduan Melipat Pakaian Siapa Banyak, Peraduan Melipat Tudung, Peraduan Menimbang Bola Terbanyak, Peraduan Mewarna dan banyak lagi.

    Yang Berhormat Haji Ramli berkesempatan menyaksikan pameran yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan RPN Bukit Beruang, Tutong.
    Yang Berhormat Haji Ramli berkesempatan menyaksikan pameran yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan RPN Bukit Beruang, Tutong.

    Orang ramai dan juga penduduk di Kampung dan Mukim Telisai hadir bagi memeriahkan lagi suasana Pesta Bukit Beruang tersebut.

    Dengan bertemakan ‘Di sini Kitani bersantai-santai bersama Keluarga’, pesta berkenaan bertujuan untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-33 dan memeriahkan lagi suasana Kampung Bukit Beruang yang jumlah penduduknya semakin meningkat di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung dan RPN Bukit Beruang.

    Selain itu, pesta tersebut juga akan dapat membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kampung dan RPN Bukit Beruang serta mempamerkan produk masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda