Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Buku buka tirai

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, TYT Sheikh Ahmed bin Hashil bersama Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib semasa meninjau salah satu petak yang menyertai Pesta Buku Brunei 2018.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca membuka tirainya hari ini dengan majlis perasmian di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang turut menyaksikan pelancaran 38 buah buku baru.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Perhubungan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda