Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Dengan matlamat untuk meningkatkan serta memupuk kesedaran minat membaca di kalangan murid-murid sekolah, Sekolah PGGMB Sungai Akar mengadakan acara Mini Book Fair 2025 yang dikendalikan oleh The Hidden Warehouse di Dewan Sekolah PGGMB Sungai Akar selama tiga hari bermula 9 hingga 12 Julai.
Acara berkenaan diharap dapat memupuk minat para ibu bapa dan penjaga murid supaya membeli buku-buku sebagai bahan bacaan dan juga menggalakkan minat membaca di kalangan anak-anak selain mengumpul dana sekolah bagi membeli peralatan bantuan mengajar dan menambah koleksi buku-buku di bilik Sumber sekolah.
Turut hadir memeriahkan lagi acara ialah Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Hajj Masri; Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Cikgu Maswati Airin Patrah binti Ahmad serta guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan penjaga.
Acara berkenaan juga menerima kunjungan daripada guru dan murid STJ Lambak bagi untuk memberi sambutan yang amat menggalakkan.
Selain pesta buku mini berkenaan, kempen menderma darah turut diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Kementerian Kesihatan yang bermula pada 10 Julai dan juga acara perjumpaan ibu bapa dan guru (PTM) bagi membincangkan kemajuan dan pencapaian murid-murid pada 12 Julai nanti.