Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Bunga Melaka jadi acara tahunan

    MELAKA, 30 DIS – Pesta Bunga Melaka akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara sekali gus merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini.

    Exco Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ia berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang dilihat mampu mencapai sasaran kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

    “Pesta Bunga Melaka 2022 pada kali ini bertemakan “Pesona Warna Menggamit Dunia” menghimpunkan pelbagai variasi warna lebih 100 spesies bunga mengikut komponen ditetapkan di samping pengisian pelbagai aktiviti yang mempunyai elemen alam semula jadi dan keunikannya tersendiri. 

    Daripada program ini kita dapat lihat ia juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pempamer seperti pengusaha bunga orkid, camelia dan sebagainya yang mempunyai keunikan dan menarik pengunjung pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Bunga Melaka 2022 di Ayer Keroh di sini.

    Mengulas lanjut Muhammad Jailani berkata antara komponen utama Pesta Bunga Melaka 2022 adalah Pameran Taman, iaitu pameran dan dekorasi hiasan bunga disertai empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mengetengahkan hiasan masing-masing.

    Katanya selain itu hiasan lampu berwarna, hiasan bunga terapung, “Floral Relaxing Spa”, taman orkid, Catur Gergasi dan pelbagai lagi.

    “Kita berharap program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan ekopelancongan di Taman Seribu Bunga di negeri ini sekali gus mempromosikan acara pelancongan di Melaka,” katanya. – Bernama

    Salah seorang pengunjung bergambar kenangan ketika melawat salah satu Garden Showcase selepas majlis Perasmian Pesta Bunga Melaka 2022 di Ayer Keroh, Melaka disempurnakan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda