Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR

    MELAKA, 7 JAN – Pesta Gendang Nusantara 2024 meraih dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori First Gendang Nusantara Performance dan Most Performers in a Gendang Nusantara Performance pada majlis persembahan perdana pesta berkenaan, kelmarin.

    Dua sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan disaksikan oleh Yang Dipertua negeri Tun Mohd Ali Rustam serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

    Shadan berkata Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara selain memartabatkan nama Melaka sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan warisan.

    “Pesta ini juga disertai oleh 32 kumpulan dari Malaysia, nusantara dan luar negara seperti Poland, Sri Lanka, Korea dan Thailand membabitkan 550 peserta yang beraksi mempamerkan seni penggendangan dari negara masing-masing.

    “Pesta ini juga merupakan satu pertandingan penggendangan yang dianjurkan bermula 2 hingga 6 Jan dan bagi persembahan perdana malam ini, kira-kira 10,000 pengunjung hadir untuk menyaksikannya,” katanya kepada pemberita selepas Pesta Gendang Nusantara 2024 yang berlangsung di Dataran MBMB, semalam.

    Mengulas lanjut, Shadan berkata Pesta Gendang Nusantara 2024 merupakan acara pembuka tirai bagi program Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), sekali gus mengetengahkan silang budaya antara negara terlibat dalam aspek seni penggendangan. – Bernama

    Tun Mohd Ali Rustam (tengah) memalu gendang sebagai gimik perasmian Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024) pada majlis perasmian persembahan tersebut di Dataran Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah pada 6 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda