Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pesta Kampung Ukong sempena cuti hujung tahun pada 1-3 Disember

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 22 NOV – Dalam sama-sama menyemarakkan cuti penghujung tahun, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Ukong buat julung kalinya akan mengadakan Pesta Kampung Ukong di Gelanggang Sukan Kampung Ukong, Daerah Tutong.

    Pesta yang bakal dilaksanakan selama tiga hari pada 1 hingga 3 Disember itu akan menyaksikan pelbagai aktiviti antaranya gerai jualan, pertandingan kemahiran kraftangan seperti gubahan bunga-bungaan hidup dan mengayam ketupat, pertandingan bakat dan kebolehan dalam bermain muzik dan nyanyian, senamrobik dan pertandingan sukaneka serta pelbagai lagi.

    Dalam pada itu, aktiviti dan pertandingan berkonsepkan kerohanian dan pendidikan turut menyemarakkan lagi suasana acara seperti peraduan membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim.

    Ketua Bahagian Perhubungan Awam MPK Ukong, Awang Mohamad Subhi bin Haji Julaihi mengongsikan kepada Media Permata bahawa acara berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana harmoni dan menggalakkan kerjasama dan terus mengeratkan lagi hubungan mesra dalam kalangan pelbagai bangsa menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti anjuran MPK dan penduduk kampung tersebut.

    “Begitu berharganya nilai silaturahim tanpa mengira usia, itulah juga antara tujuan diadakan Pesta Kampung Ukong itu nanti sambil kita menyaksikan suasana keindahan kampung. Ia juga secara tidak langsung untuk mendukung pelancongan domestik menerusi Kenali Negara Kitani (KNK),” ujarnya.

    Gambar serahan MPK Ukong

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...