Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Kampung Ukong terima sambutan menggalakkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Pesta Kampung Ukong anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Ukong yang diadakan selama tiga hari hingga hari ini telah mendapat sambutan dengan pelbagai aktiviti menarik.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian pesta berkenaan kelmarin ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Muhammad Sofian bin Haji Basri.

    Ketua Kampung Ukong, Awang Mohd Hakimi bin Abdullah Gampar selaku pengerusi majlis berkata, antara tujuan pesta adalah untuk memeriahkan dan menceriakan Kampung Ukong sempena percutian persekolahan akhir tahun 2023, sebagai destinasi pelancong tempatan, di samping mempromosikan jualan kraf tangan penduduk kampung serta makanan kepada pengunjung dari dalam dan luar kampung berkenaan.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengaktifkan lagi MPK dengan projek atau aktiviti yang berfaedah kepada penduduk kampung.

    Pesta berkenaan juga diharap akan dapat mengeratkan lagi kerjasama serta hubungan silaturahim dalam kalangan MPK, penduduk kampung dan orang ramai amnya.

    Antara pengisian pesta adalah gerai-gerai jualan, persembahan kebudayaan, gulintangan dan silat, pertandingan mengubah bunga hidup dan banyak lagi.

    Pada 15 Disember, acara diserikan dengan majlis keagamaan iaitu peraduan membaca ayat-ayat lazim yang disertai oleh tujuh orang peserta.

    Pesta berakhir dengan majlis penutup yang diisikan dengan acara sukan anjuran MPK bersama penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

    Antara aktiviti yang disertai oleh tetamu kehormat semasa pesta berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda