Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pesta Kerjaya tawar peluang pekerjaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Lebih 100 buah syarikat termasuk Bank Baiduri mengambil bahagian dalam Pesta Kerjaya anjuran Majlis Perancangan dan Pengambilan Tenaga Kerja (MPEC) dan JobCentre Brunei yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong bermula esok hingga 27 November dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

    Pesta Kerjaya itu bertujuan untuk meningkatkan pekerjaan tempatan di serata industri di mana ia menyediakan platform bagi pencari kerja tempatan meningkatkan kebolehkerjaan dan kebolehpasaran mereka menerusi pelbagai ceramah serta program dan untuk mencari kerjaya pilihan mereka.

    Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa pesta kerjaya itu adalah termasuk klinik temu duga dan penulisan CV, permainan serta ceramah berinspirasi dan kerjaya.

    Dalam hubungan itu, pencari-pencari kerja yang berminat dalam bidang kerjaya perbankan boleh berkunjung ke petak pameran Bank Baiduri yang terletak di Dewan 1 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kekosongan pekerjaan yang ada pada masa ini serta mengenai beberapa inisiatif penglibatan dan pembangunan warga bank berkenaan.

    Antara yang menghadiri acara berkenaan ialah Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia Kumpulan Bank Baiduri, Veronica Chong, bersama-sama pasukan pengurusan harta dan bakat bank berkenaan yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta menyediakan maklumat mengenai kekosongan yang ada pada masa ini, inisiatif sokongan kerjaya dan budaya kerja.

    Veronica dipetik menyatakan bahawa acara seperti Pesta Kerjaya berkenaan membantu mereka untuk berhubungan dengan graduan baharu dan pekerja berpengalaman yang aktif mencari peluang-peluang kerjaya.

    “Ini juga merupakan satu peluang yang baik bagi calon-calon yang berminat untuk berhubungan dengan pasukan bakat kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Kumpulan Bank Baiduri, apa yang kami tawarkan sebagai majikan dan proses permohonan,” tambah Veronica.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...