Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Pantai Muara berlangsung 3 hari

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Orang ramai berpeluang mengunjungi Pesta Pantai Muara 2024 anjuran Majlis Perundingan Mukim (MPM) Serasa dan MPM Mentiri dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan perasmian majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Zon 4, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, selaku Penghulu Mukim Lumapas.

    Pada acara itu, Awang Amran dibawa ke tapak memanah untuk melakukan aktiviti memanah bagi menandakan perasmian pesta berkenaan dan seterusnya mengadakan lawatan ke tapak-tapak aktiviti yang diadakan dan kem-kem jualan produk kampung.

    Antara lain objektif pesta berkenaan adalah untuk mempromosi keindahan salah satu taman rekreasi yang terdapat di negara ini khususnya di Daerah Brunei Muara.

    Selain meningkatkan kesedaran kepada pengunjung akan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar, khususnya pantai-pantai yang terdapat di negara ini, seterusnya memastikan ianya dapat di manfaatkan sebaik mungkin secara berterusan.

    Pesta berkenaan berlangsung selama tiga hari sehingga 8 Disember dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan orang ramai.

    Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa MPM Serasa dan MPM Mentiri, Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta media massa.

    Yang Berhormat Awang Amran semasa merasmikan Pesta Pantai Muara 2024, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Tetamu kehormat mengunjungi tapak-tapak aktiviti di pesta berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda