Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Pengguna bakal kembali

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Pesta Pengguna (CF) yang dinanti-nantikan ramai bakal kembali bagi edisi ke-28 pada 24 hingga 28 Januari depan dengan tema New Year, New Me di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sehubungan itu, D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjur pesta berkenaan telah mengadakan majlis penandatanganan kerjasama bersama rakan-rakan kongsi yang akan turut sama menjayakan acara selama lima hari itu nanti.

    Majlis penandatanganan tersebut berlangsung di Dewan Serba guna D’Sunlit Sdn Bhd, hari ini, dan dihadiri oleh wakil-wakil rakan rasmi acara dan rakan kongsi aktiviti.

    Menandatangani bagi pihak D’Sunlit ialah pengarahnya, Dato Haji Danial bin Haji Hanafiah dan disaksikan oleh Pengurus Operasi, Ngu Tiing Siang.

    Rakan-rakan kongsi yang menandatangani kerjasama bagi pesta berkenaan ialah Brunei Press Sdn Bhd selaku media cetak rasmi, Aewon Garment & Embroidery Sdn Bhd, Oregon System, NBT (B) Sdn Bhd, Cuckoo, Dart Logistic, Izzy Does It, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Kristal FM dan IBIC Sdn Bhd dan lainnya.

    Selain aktiviti menarik yang dianjurkan oleh rakan-rakan kongsi acara, Pesta Pengguna sekali lagi melibatkan Keluarga CF termasuklah Babah, Babu, Boboi dan Alai akan membuat penampilan pada acara yang menawarkan promosi serta pelbagai aktiviti buat para pengunjung.

    Lebih dari itu, aktiviti lebih menarik adalah Cabutan Bertuah Utama Pesta Pengguna yang sentiasa dinanti-nantikan di mana semua orang berpeluang bagi membawa pulang hadiah yang menarik.

    Hadiah utama bagi edisi kali ini ialah Toyota Raize, yang ditaja oleh Toyota Brunei – NBT Brunei Sdn Bhd.

    Orang ramai juga diingatkan dan digalakkan bagi membawa beg boleh diguna semula sendiri bagi semua keperluan membeli-belah.

    Majlis penandatanganan kerjasama di antara D’Sunlit dan Aewon Garment & Embroidery Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai wakil-wakil penganjur dan rakan kongsi Pesta Pengguna edisi ke-28 di Dewan Serbaguna D’Sunlit kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda