Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Pelajar-pelajar Sekolah Nusa Laila Puteri Cawangan Jangsak sedang mempamerkan kemahiran dalam aktiviti jualan semasa Pesta Perdagangan yang diadakan di sekolah berkenaan selama tiga hari, bermula 2 hingga 4 Julai.
Pesta Perdagangan kali ke-5 bagi Tahun 2024 itu dianjurkan oleh pelajar-pelajar peringkat menengah sekolah tersebut.
Sehubungan itu, pesta tersebut telah dirasmikan kelmarin oleh Ketua Pentadbir Sekolah Nusa Laila Puteri, Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz bin Dr Pengiran Haji Amir Mohd Yussof.
Sejak kelmarin dan hari ini, lebih 500 orang murid dari beberapa buah cawangan Sekolah Nusa Laila Puteri telah mengunjungi acara berkenaan yang diketuai oleh guru-guru para murid.



