Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Ria Inklusif raikan golongan OKU

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Dalam usaha untuk meraikan penyertaan dan perkembangan golo-ngan orang kelainan upaya (OKU), Pesta Ria Inklusif telah diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara yang diadakan bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya (HAOKU) yang disambut pada 3 Disember setiap tahun, dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah setiausaha-setiausaha tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Dipertua Majlis Kesejahteraan OKU, Malai Sharifah Adilah Surya binti Malai Haji Abdullah; Yang Dipertua Majlis Paralimpik Brunei Darussalam, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor; pegawai-pegawai kanan kerajaan dan rakan-rakan strategik serta agensi swasta termasuk badan-badan bukan kerajaan.

    Acara dimulakan dengan sesi senamrobik beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Jurulatih, HSN Fitness, Haji Hasnani @ Haji Naning bin Haji Abdul Rahman dan dite-ruskan dengan perasmian Pesta Ria Inklusif oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi.

    Yang Berhormat Dato kemudian mengetuai aktiviti fun walk sejauh kira-kira 1.40 kilometer yang turut disertai oleh lebih daripada 200 orang peserta termasuk golongan OKU.

    Lebih daripada 200 orang peserta termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU) telah menyertai aktiviti Fun Walk Pesta Ria Inklusif bersempena Sambutan Hari Antarabangsa OKU yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi merasmikan Pesta Ria Inklusif di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Sesi senamrobik yang diadakan pada acara berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Di samping itu, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan pameran dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh persatuan-persatuan OKU, persatuan badan-badan bukan kerajaan dan pihak swasta.

    Pada acara itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bersama pegawai kanan kerajaan mempelajari dan merasai sendiri menggunakan kerusi roda dengan mengikuti aktiviti anjuran PJSC yang diketuai oleh Konsultan Perubatan Pemulihan dan Ketua Pemulihan, Dr Abang Muhammad Fahmy bin Haji Hepnie.

    Aktiviti riadah itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengalaman OKU menggunakan kerusi roda melalui beberapa petunjuk arah dan halangan.

    Dengan membawa tema, Memperkasa Kepimpinan Orang Kelainan Upaya untuk Masa Depan yang Inklusif dan Mampan, aktiviti bertujuan untuk meraikan penyertaan dan perkembangan golongan OKU dalam masyarakat, meningkatkan usaha memupuk kesedaran serta mendidik masyarakat ter-hadap keperluan golongan OKU dan membentuk pandangan pandangan positif dan kesaksamaan terhadap golongan berkenaan jua.

    Sambutan HAOKU dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (CDC) Kementerian Kesihatan, Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dan Persatuan SMARTER di bawah Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), Majlis Paralimpik Brunei Darussalam (PCBD), Persatuan Bahasa Isyarat-Jurualih Kitani (BI-JAK), UnikLearn, La Vida, Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan Pusat Akademi Sukan Memanah Ar Rafi (PASMA).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda