Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta unta Al-Dhafra diraikan di Madinat Zayed

    ABU DHABI – Dalam usaha wilayah ini untuk memperingati dan mempertahankan tradisi dan budaya Emiriyah Arab Bersatu, baru-baru ini telah diadakan satu Festival Al-Dhafra untuk edisi tahunan ke-11 dan telah berlangsung di Madinet Zayed dan festival itu baru sahaja menutup tirainya kelmarin.

    Festival ini telah dianjurkan oleh Program Budaya dan kerjasama daripada Festival Perayaan Warisan serta kali ini, festival berkenaan telah mengadakan beberapa pertandingan tradisional dengan sejumlah wang berjumlah 38 juta dirham akan dianugerahkan kepada lebih 1,400 peserta-peserta pemenang bertuah yang mengikuti pertandingan-pertandingan yang disediakan.

    Festival itu menawarkan beberapa pertandingan hebat dan pertandingan utama festival berkenaan menawarkan ganjaran sekitar 30 juta hadiah wang tunai.

    Antara pertandingan itu ialah unta yang paling cantik dan pihak penganjur menjangka sekitar lebih daripada 20,000 unta akan dipertandingkan dalam festival berkenaan. Unta-unta itu akan diiringi bersama-sama dengan 1,500 pemilik datang daripada pelbagai pelosok negara itu dan juga beberapa buah negara Teluk yang lain seperti Arab Saudi, Oman dan juga Kuwait.

    Berikutan bilangan peserta yang semakin meningkat menandakan festival itu menonjolkan satu perkembangan dan populariti yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai di rantau berkenaan.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival ini mengungkayahkan pelbagai acara dan aktiviti harian. – AFP
    Festival unta adalah acara yang terbesar di wilayah Al-Dhafra malah ia diraikan dalam usaha negara itu untuk menghormati cara hidup masyarakat tradisional yang masih lagi diamalkan di kawasan berkenaan. – AFP

    Memperkenalkan budaya dan tradisi

    “Festival ini adalah acara yang terbesar di wilayah Al-Dhafra malah ia diraikan dalam usaha negara itu untuk menghormati cara hidup masyarakat tradisional yang masih lagi diamalkan di kawasan berkenaan.

    Budaya, warisan dan tradisi kita masih lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian di wilayah Al-Dhafra. Perayaan festival ini juga berpotensi untuk memberikan orang ramai satu peluang untuk menilai, mengikuti dan bersama-sama melalui satu proses untuk terus mempertahankan warisan identiti bangsa,” kata Abdullah Butti Al Qubaisi, pengarah Jabatan Peristiwa dan Komunikasi dalam Program Kebudayaan dan Majlis Perayaan Warisan Abu Dhabi.

    Abdullah turut berkata bahawa festival ini menerima satu respons yang positif di mana selain diadakan pelbagai jenis pertandingan malah festival ini lebih daripada sekadar memenangi hadiah tetapi berusaha untuk meningkatkan satu kesedaran tentang pemahaman corak tradisi tempatan.

    “Sepanjang beberapa dekad yang lalu, Festival Al-Dhafra ini telah membuka saluran perdagangan yang berbeza-beza, menjana pendapatan dan meningkatkan kesedaran tentang alat pemasaran untuk rakyat di rantau ini. Melalui pertandingan yang dijalankan mengikut piawaian antarabangsa, para peserta belajar bagaimana untuk membungkus kraf tangan mereka contohnya, mereka belajar bagaimana untuk menjaga kawasan kambing mereka atau cara-cara yang baik untuk menjaga haiwan mereka dengan lebih baik,” tambah Abdullah lagi kepada media.

    “Perayaan festival ini juga menunjukkan satu cara yang kreatif untuk menyampaikan warisan wilayah ini, cara yang berkesan dalam memastikan warisan mereka diturunkan kepada anak-anak mereka,” kata Abdullah lagi kepada media.

    Festival itu menawarkan beberapa pertandingan hebat dan pertandingan utama festival berkenaan menawarkan ganjaran sekitar 30 juta hadiah wang tunai. – AFP

    Abdullah Al Qubaisi juga menyoroti impak ekonomi perayaan itu di rantau berkenaan di mana perayaan tahun ini menjangkakan lebih daripada 90,000 pelawat akan berkunjung disebabkan oleh peningkatan populariti dan rangsangannya untuk memantapkan perniagaan tempatan.

    “Daripada perspektif ekonomi, festival ini terus memberikan kesan yang besar kepada perniagaan tempatan malah beberapa minggu sebelum perayaan, semua hotel di rantau berkenaan telah ditempah sepenuhnya, restoran dan kafe kelihatan sangat sibuk malah hampir setiap penyelia perkhidmatan dan barangan semakin berkembang hebat dan maju,” tambah Abdullah lagi kepada media.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival ini mengungkayahkan pelbagai acara dan aktiviti harian.

    Sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Souq Tradisional, yang meliputi kawasan seluas 48,000 meter persegi telah menawarkan pengunjung satu peluang untuk melihat beberapa kraf tangan dan seni Emirati yang dihasilkan secara tradisional.

    Malah orang ramai juga berpeluang untuk merasakan beberapa masakan Emirati yang terkenal. Festival pada tahun ini juga telah berjaya mempamerkan pertunjukan Bedouin setiap hari untuk kali pertama yang mana telah menyampaikan kehidupan dan tradisi kehidupan di padang pasir, memberi pengunjung peluang untuk melihat sekilas kehidupan bagi Emirat di persekitaran padang pasir yang keras dan juga benar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda