Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Wau Antarabangsa tarik lebih 30 peserta dari 15 negara

    KOTA BHARU, 23 JUN – Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali ke-14 yang akan diadakan di Pantai Geting, Tumpat selama tiga hari bermula Khamis ini melibatkan 32 peserta antarabangsa daripada 15 buah negara.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Australia, Austria, Jepun, Hong Kong, Jerman, Poland, Amerika Syarikat, China, Kemboja, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

    Beliau berkata pesta bertemakan Wau Sepanjang Zaman itu masih relevan sebagai medium beriadah selain menjadi pencetus semangat kepada penggiat dan peminat wau di negara ini.

    “Saya juga difahamkan pesta ini akan disertai 205 peserta daripada Majlis Pelayang Malaysia dan kami menganggarkan 200,000 akan hadir pada pesta berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini. – Bernama

    Pesta Wau Antarabangsa Kelantan bermula Khamis ini. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda