Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar baharu angkat sumpah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Mengangkat Sumpah bagi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin.

    Berangkat sama ke upacara berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Majlis dimulakan dengan pembacaan Surat Perintah Lantikan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

    Seterusnya diikuti dengan Upacara Mengangkat Sumpah ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar di Mahkamah Rayuan Negara Brunei Darussalam, The Right Honourable Sir Peter Henry Gross (Judicial Commissioner of the Court of Appeal of Brunei Darussalam).

    Turut hadir di upacara berkenaan ialah Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, Yang Arif Awang Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, Yang Arif Awang Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Pahlawan Haji Kefli.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Upacara Mengangkat Sumpah bagi Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar yang baharu. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda