Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesuruhjaya PPDB terima anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Presiden Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam pada 15 Oktober telah menganugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang Distinguished Service Order kepada Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, di Dewan Bankuet, Istana Singapura.

    Darjah tersebut merupakan penghargaan atas kepimpinan beliau dalam hubungan dua hala antara PPDB dan Pasukan Polis Singapura telah diperkukuh dengan kerjasama erat dalam pembinaan kapasiti dan keupayaan, seperti pertukaran latihan bersama antara kedua-dua pasukan polis yang membantu mengasah kemahiran khusus pegawai.

    Kerjasama erat itu mencerminkan komitmen beliau untuk memajukan hubungan dua hala antara Brunei dan Singapura dan seterusnya meningkatkan keselamatan kedua-dua buah negara.

    Pesuruhjaya Polis Singapura, Hoong Wee Teck, dalam kenyataan, “Pasukan Polis Singapura dan PPDB menikmati persahabatan lama yang dibina atas kepercayaan bersama dan komitmen yang kukuh untuk memerangi jenayah.

    “Kami akan terus mengukuh-kan persahabatan ini dan memanfaatkan kepakaran gabungan kami untuk melindungi negara kita dengan lebih baik.”

    Semasa berada di Singapura, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan telah membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan Hoong Wee Teck.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan semasa menerima anugerah daripada TYT Tharman Shanmugaratnam. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda