Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PETA fail aduan tentang isu libat aksi harimau sebelum perlawanan bola sepak

    MIAMI, 10 NOV – Kumpulan hak asasi haiwan Amerika Syarikat (AS), PETA, memfailkan aduan kepada pihak berkuasa negeri Louisiana selepas seekor harimau Bengal yang dikurung telah dibawa masuk ke padang bola sepak Amerika sebelum berlangsungnya perlawanan, kata kumpulan itu kelmarin.

    PETA berkata aksi prapermainan di Stadium Tiger, Universiti Negeri Louisiana (LSU), tempat pasukan kolej itu bermain dengan Alabama di hadapan lebih 100,000 penyokong, adalah kejam dan menyalahi undang-undang.

    Menurut siaran video, kejadian yang dikongsi secara meluas dalam talian menunjukkan harimau yang berada dalam sangkar telah ditunda oleh kenderaan ke padang tersebut.

    LSU mempunyai tradisi mengarak harimau hidup di luar permainan sehingga amalan itu ditinggalkan pada 2015.

    Media AS melaporkan, Gabenor Republikan Louisiana, Jeff Landry, telah mendesak untuk mengembalikan harimau pada perlawanan itu, kelmarin.

    “Mengangkut seekor harimau merentasi negeri dan membawanya ke stadium bola sepak yang riuh rendah bukan sahaja kejam dan berbahaya, ia juga menyalahi undang-undang di Louisiana,” kata PETA dalam satu kenyataan.

    LSU mempunyai harimau hidup sebagai maskot yang disimpan dalam kawasan seluas 1,394 meter persegi di universiti itu. Tetapi kolej berkenaan dilaporkan menolak permintaan untuk menggunakan harimau itu pada perlawanan kelmarin. – AFP

    Seekor harimau ditunda masuk dengan kenderaan ke Stadium Tiger sebelum perlawanan bola sepak Kolej Persatuan Olahraga Kebangsaan (NCAA) antara LSU dan Alabama di Baton Rouge, Louisiana pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda