Wednesday, July 17, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Peta Google padam gambar AI mercu tanda Austria

    VIENNA, 23 JUN – Google kemarin memadamkan puluhan imej mercu tanda Austria daripada peta perkhidmatannya yang telah diubah oleh aktivis alam sekitar untuk menekankan potensi kesan perubahan iklim.

    Imej-imej itu diubah menggunakan kecerdasan buatan (AI), menunjukkan sungai Danube dan tasik Austria kering dan puncak Alp tanpa salji seolah-olah gambar itu diambil pada tahun 2070.

    Gambar itu dimuatnaik ke dalam Google Maps minggu ini oleh kumpulan Letzte Generation (Last Generation).

    “Dasar kami jelasnya melarang kandungan yang tidak berdasarkan pengalaman nyata atau tidak menggambarkan lokasi dengan tepat. Kami sedang mengeluarkan gambar yang melanggar dasar yang dipersoalkan,” beritahu jurucakap Google kepada AFP.

    Letzte Generation berkata ia ‘tidak terkejut’ dengan tindakan Google.

    “Secara umum, mereka mengabaikan perubahan iklim, sama seperti pihak berkuasa dan syarikat besar,” kata jurucakap kumpulan Marina, Hagen-Canaval.

    Kumpulan itu berkata sebelum ini ia telah menyiarkan gambar itu dalam Google Maps untuk memberi amaran kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan itu untuk bersedia berdepan risiko peningkatan suhu yang disebabkan oleh perubahan iklim semasa bercuti.

    Letzte Generation telah mengadakan bantahan lain termasuk menyekat lebuh raya dan berjanji untuk mengambil lebih banyak tindakan, termasuk di Internet. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...