Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Petani China digalak sumbang kepada keselamatan makanan

-

BEIJING, 29 JUN – Presiden China, Xi Jinping menegaskan mengenai pentingnya peranan petani yang terlibat dengan penanaman bijirin berskala besar untuk memberi sumbangan lebih besar kepada keselamatan makanan di negara itu.

Xi berkata demikian dalam surat balasnya kepada seorang petani dari kaunti Taihe, provinsi Anhui, Xu Congxiang, kelmarin.

Beliau turut berkongsi perasaan gembiranya dengan kejayaan Xu memperoleh tuaian gandum yang banyak pada musim panas ini.

Apa yang lebih menggembirakan Xi ialah semua ahli keluarga Xu turut terlibat dalam sektor pertanian.

“Petani yang mengusahakan penanaman berskala besar diharap memanfaatkan kelebihan pengurusan operasi pengeluaran bijirin berskala besar dan aktif mengaplikasikan teknologi pertanian moden.

“Selain itu diharapkan lebih ramai petani yang mengusahakan penanaman berskala kecil turut menyumbang kepada keselamatan makanan melalui peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian,” kata Xi.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, kerajaan pusat telah mengeluarkan beberapa buah dasar untuk menyokong pengeluaran bahan makanan dan membolehkan petani memperoleh faedah serta meningkatkan kesejahteraan kehidupan masing-masing.

Xi sekali lagi menegaskan bahawa kepentingan keselamatan bahan makanan sebagai ‘keutamaan negara’ dan mengulangi potensi petani untuk menjana pendapatan melalui penanaman bahan makanan.

Untuk rekod, penuaian bahan makanan musim panas kini memasuki fasa akhir. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -