Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petani guna aplikasi kawal tanaman

    AYE YWAR, Myanmar, 18 Feb – Sebuah aplikasi percuma dalam telefon pintar San San Hla menjadi senjata baru untuk memerangi serangga yang memakan padinya di selatan Myanmar selama dua tahun yang lalu.

    Ketika dia melihat pekerja-pekerjanya mengangkut hasil musim penuaian tahun ini, wanita berusia 35 tahun itu berada dalam suasana yang megah, membuktikan kemenangannya terhadap serangan musim panas melalui nasihat yang diterima menerusi aplikasi mengenai penggunaan racun makhluk perosak yang berkesan.

    “Kami sudah terbiasa dengan kaedah menanam padi yang diwarisi daripada ibu bapa,” katanya kepada AFP ketika ditemui di Kampung Aye Ywar di barat Yangon.

    “Tetapi selepas menggunakan aplikasi ini, saya mula memahami bagaimana seharusnya kami melakukannya.

    “Lebih baik menggunakan teknik yang betul daripada hanya bekerja secara bersahaja,” katanya.

    Gambar ini diambil pada 27 Disember 2017 menunjukkan para petani bekerja di sawah di pinggir Yangon. Aplikasi telefon pintar baharu menyediakan petani dengan maklumat terkini tentang segala-galanya termasuk cuaca, perubahan iklim, harga tanaman serta nasihat mengenai racun perosak dan baja. – AFP

    San San Hla, 35, adalah antara kelompok petani lama, yang melakukan perubahan dengan menggunakan teknologi untuk berdepan jurang pengetahuan di negara yang dua pertiga tenaga kerjanya menceburi bidang pertanian.

    Sektor itu menyumbang 28 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi hasilnya rendah hanya kerana kekangan petani menggunakan teknologi moden sepanjang pemerintahan junta.

    Bagi orang seperti San San Hla, aplikasi mungkin jawapan yang terbaik.

    San San Hla, 35, menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai forum sembang menghubungkan petani, membolehkan mereka bertukar-tukar tip, sementara ahli pakar menjawab pertanyaan mereka.

    Aplikasi ‘Green Way’ adalah hasil ilham dua bekas pelajar pertanian pada 2011 yang menubuhkan laman web untuk membantu petani. Mereka sentiasa memastikan maklumat diperbaharui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda