Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Petani India siap sedia anjur protes secara besar-besaran

    NEW DELHI, 12 FEB – Polis India membuat sekatan dan mengharamkan perhimpunan awam hari ini, menjelang protes yang diancam oleh beribu-ribu petani yang menuntut harga tanaman minimum, dalam usaha menghalang mereka daripada berarak ke Parlimen.

    Konvoi traktor yang panjang berkumpul di sempadan antara ibu negara New Delhi dan negeri jiran Haryana, di mana polis menggunakan sekatan menakutkan berupa dawai berduri, penghadang dan blok simen untuk menutup lebuh raya utama.

    Petani telah melaungkan slogan bagi menyemarakkan bantahan pada Januari 2021 apabila petani melanggar sekatan dan berarak ke bandar pada Hari Republik.

    Petani di India mempunyai kekuatan politik kerana bilangan mereka yang ramai, dan ancaman protes yang diperbaharui hadir menjelang pilihan raya kebangsaan yang mungkin bermula pada April.

    Dua pertiga daripada 1.4 bilion penduduk India memperolehi mata pencarian mereka daripada pertanian, menyumbang hampir satu perlima daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara itu, menurut angka kerajaan.

    “Petani dari seluruh negara bersedia untuk berarak di Delhi mulai esok jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan kami,” kata Swaran Singh Pandher, ketua persatuan petani di seluruh negara kepada AFP.

    Selain harga tanaman minimum tetap, tuntutan lain juga termasuk pencen dan pelupusan pinjaman.

    Polis di Delhi telah melarang perhimpunan awam lebih daripada lima orang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...