Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petani madu Etiopia hadapi kesukaran

    ZAENA, Etiopia – Sarang lebah di Etiopia, pengeluar madu utama di Afrika, telah menghasilkan kira-kira satu perempat daripada pengeluaran madu di benua itu, namun bagi pelancong yang datang ke sana untuk merasai ‘cecair emas’ itu seringkali tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneroka kawasan tersebut.

    Di negara di mana 85 peratus daripada sektor pekerjaannya adalah dalam bidang pertanian, pakar-pakar industri berkata sektor pembiakan lebah – atau pemelihraan lebah – adalah masih jauh dalam menuai potensi sepenuhnya, terhalang oleh teknik-penghasilannya yang rendah dan sudah ketinggalan zaman, mengalami musim kemarau dan harga yang tidak kompetitif.

    Madu tradisional memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat Etiopia – di mana mempunyai warna putih, merah dan kekuningan adalah seringkali digunakan dalam masakan mereka, juga untuk bahan perubatan dan bahan utama dalam masakan tempatan yang dikenali sebagai ‘tej’.

    Masalahnya terdapat majoriti petani masih menggunakan teknik lama dalam pembiakan sarang lebah, yang mana tersimpan di dalam pokok-pokok atau tanah liat. Melalui cara ini, ia tidak akan menghasilkan sebanyak madu sepertimana yang dihasilkan melalui kotak kayu moden, kata Juergen Greiling, penasihat kanan di Lembaga Pemeliharaan Lebah Etiopia, sebuah kumpulan penaung bagi industri madu.

    Dilengkapi dengan teknik-teknik moden yang betul, pengeluaran madu mempunyai potensi untuk menarik beribu-ribu petani miskin untuk keluar daripada kemiskinan, kata pakar. Alem Abrahah adalah seorang di kalangan petani itu. Kehidupan beliau sangat susah pada zaman dahulu. Beliau sudah berkecimpung dalam pembiakan lebah secara sepenuh masa kira-kira 10 tahun yang lalu.

    Sarang lebah kelihatan berada di sebuah ladang kecil di luar Wukro di rantau Tigray di utara Etiopia. – AFP
    Sarang lebah kelihatan berada di sebuah ladang kecil di luar Wukro di rantau Tigray di utara Etiopia. – AFP
    Alem Abreha memberi asap pada sarang lebah di ladang madunya di luar Wukro. – AFP
    Alem Abreha memberi asap pada sarang lebah di ladang madunya di luar Wukro. – AFP

    “Hidup saya telah benar-benar berubah,” katanya di perkampungan Zaena, yang terletak di kawasan utara Etiopia, Tigray.

    Ia berada di lereng pergunungan Tigray yang beraltitud tinggi, di mana kuntuman bunga Adey Abeba membiak, satu komponen utama dalam penghasilan madu putih yang unik, yang mana ia adalah sangat berharga dalam pengeksportan Etiopia.

    “Jika anda melatih petani untuk melakukan latihan moden seperti sepertimana yang saya lakukan di sini, ia pasti dapat mengubah penghasilan pengeluaran,” kata Alem.

    Tesfamariam Assefa, seorang penyelaras di biro pertanian serantau Tigray, berkata kerajaan sedang menyasarkan untuk mengeksport madu di rantau ini daripada 50 peratus kepada 80 peratus daripada jumlah penghasilan melalui penggunaan teknik pembelajaran petani terhadap pembiakan lebah yang lebih baik.

    Dunia luar juga sedang menumpukan terhadap kualiti madu Etiopia ini. Pada tahun 2008, Kesatuan Eropah secara rasmi memberi lampu hijau untuk mengimport madu Etiopia. Walau bagaimanapun, hampir sedekad kemudian, negara ini masih hanya mengeksport sebanyak 800 tan daripada 50,000 tan yang telah dihasilkan setiap tahun.

    Alem Abrahah berkata dia kerap melakukan perjalanan ke Itali untuk mempamerkan barangannya ini. Peniaga-peniaga madu di Tigray berkata mereka kini telah semakin dikenali dan banyak yang berminat terhadap madu mereka terutamanya pembeli-pembeli dariEtiopia dan negara luar lainnya.

    “Madu Tigray ini mempunyai pelanggan yang ramai di seluruh Etiopia,” kata Haile Gebru, yang menjual madu di pusat membeli-belah di ibu kota Tigray, Mekele.

    “Tetapi pengeluaran madu ini adalah rendah.”

    Pekerja-pekerja sedang membuat pembungkusan madu Welele di sebuah kilang pemprosesan utama di Mekele, Etiopia. – AFP
    Pekerja-pekerja sedang membuat pembungkusan madu Welele di sebuah kilang pemprosesan utama di Mekele, Etiopia. – AFP
    Penjaga kedai madu, Haile Gebru sedang menyediakan madu untuk dijual kepada pelanggan-pelanggannya di Mekele. – AFP
    Penjaga kedai madu, Haile Gebru sedang menyediakan madu untuk dijual kepada pelanggan-pelanggannya di Mekele. – AFP
    Alem Abreha menerangkan mengenai proses pendebungaan di ladang madunya di luar Wukro di rantau Tigray, utara Etiopia. – AFP
    Alem Abreha menerangkan mengenai proses pendebungaan di ladang madunya di luar Wukro di rantau Tigray, utara Etiopia. – AFP

    Kadar penghasilan sarang lebah yang rendah di Etiopia adalah disebabkan dengan kemarau yang dihadapi dan ini menjejaskan bekalan air bagi tumbuhan-tumbuhan di sana untuk tumbuh, di mana ia adalah penting buat serangga-serangga untuk mengambil madu. Oleh kerana itu, ia telah menyebabkan kekurangan madu.

    Kekurangan ini juga telah menyebabkan kenaikan harga sebanyak 450 birr (AS$20, 18 euro) bagi satu kilogram, yang juga telah dieksport ke pasaran Asia dan Eropah.

    “Saya tidak dapat menjual seberapa banyak yang saya boleh kerana harga yang tidak berdaya saing, terutamanya di sini di Tigray,” kata Daniel Gebremeskel, pengarah urusan Comel, sebuah syarikat pemprosesan dan eksport madu yang berpangkalan di Mekele.

    “Kami tidak dapat menghasilkan seperti apa yang kami harapkan. Kami melalukan perusahaan ini dalam kapasiti yang rendah dan ini menyebabkan masalah bekalan,” kata Gebremskel.

    Terdapat juga sebuah pasaran gelap bagi madu Etiopia ini, di mana orang ramai cuba menyeludup madu itu merentasi sempadan ke Sudan atau melalui bagasi mereka di lapangan terbang Mekele untuk mengelak pembayaran cukai eksport, kata Greiling dari Lembaga Pemeliharaan Lebah di Etiopia.

    Kerajaan serantau, merasa cemas dengan kehilangan hasil cukai eksport tersebut, dan kini mencari penyelesaian dalam membendung perdagangan haram ini dengen memperkenalkan had tertentu dalam jumlah pembawaan madu yang disimpan di dalam bagasi.

    Walaupun cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor pemeliharaan lebah Etiopia, Gebremeskel merasa terhalang dan kini cuba untuk membentuk semula kemudahan-kemudahan pemprosesan serta berusaha untuk menarik para pembeli dari luar negara.

    “Kini, kami memperolehi permintaan yang lebih ramai daripada sebelumnya,” kata Gebremeskel. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda