MAGHRIBI – Pada masa ini setiap tahun, petani gandum di Maghribi, Abderrahim Mohafid kebiasaanya akan membuat persediaan untuk menuai pada musim bunga, namun tahun ini ladangnya tandus dan tidak seperti biasa. Di laluan menuju ke kampungnya di wilayah Berrechid, kawasan pengeluaran gandum utama Maghribi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari tenggara Casablanca, ladang-ladang yang luas

