Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur

    PARIS, 18 NOV – Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Arnaud Rousseau, pemimpin kesatuan pertanian FNSEA mengkritik perjanjian itu dengan alasam bahawa ia gagal untuk menyelaraskan dengan Perjanjian Iklim Paris dan tidak menjamin standard pengeluaran yang setara.

    “Kami menentang kesimpulan perjanjian yang tidak seimbang yang mungkin memusnahkan sebahagian daripada sektor pertanian Perancis,” kata Rousseau kepada akhbar La Tribune Dimanche.

    Perjanjian EU-Mercosur, yang melibatkan Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay, bertujuan mewujudkan satu daripada zon perdagangan bebas terbesar di dunia, meliputi lebih 700 juta orang. Matlamat utamanya adalah untuk menurunkan tarif dan meningkatkan perdagangan.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang sedang melawat Amerika Latin, turut menyuarakan kebimbangan mengenai perjanjian itu.

    Selepas bertemu dengan Presiden Argentina, Javier Milei, Macron berkata bahawa Perancis tidak akan meluluskan perjanjian itu dalam bentuknya semasa, mengulangi pendiriannya yang lama menentang perjanjian itu.

    Petani Perancis telah lama menyatakan kekecewaan terhadap penurunan pendapatan, peraturan alam sekitar EU yang ketat, dan tuntutan kerajaan yang dianggap berlebihan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda