Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pete Davidson didakwa memandu secara berbahaya

    Pelawak Pete Davidson didakwa atas tuduhan memandu secara berbahaya di Beverly Hills, Los Angeles pada 4 Mac lalu.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Daerah Los Angeles, Pete, 29, turut didakwa mengakibatkan kemusnahan harta awam iaitu kenderaannya melanggar sebuah rumah.

    “Kami percaya Pete memandu secara melulu yang akhirnya menyebabkan dia melanggar sebuah rumah.

    “Bagaimanapun tiada sesiapa yang cedera parah akibat kemalangan itu namun pemanduan melulu Pete boleh membawa kepada kemudaratan yang lain.

    Kematian akibat pemanduan berbahaya meningkat pada tahun lalu, jadi penting untuk kita ambil serius terhadap kejadian seperti ini,” jelas kenyataan tersebut seperti dilaporkan People.

    Ketika kejadian, Pete dilaporkan memandu kereta jenis Mercedes Benz dan turut sama dalam kenderaan itu adalah teman wanitanya, pelakon Chase Sui Wonders.

    Kereta tersebut merempuh pili bomba di bahu jalan selain bahagian sisi sebuah rumah berdekatan.

    Perbicaraan kes tersebut akan berlangsung pada 27 Julai. – Agensi

    Kes mahkamah Pete akan dibicarakan di mahkamah pada 27 Julai ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda