Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pete Davidson jalani 50 jam khidmat masyarakat

    Pete Davidson telah menyertai program pemulihan untuk menyelesaikan tuduhan memandu secara melulu selepas merempuh rumah di Beverly Hills dan akan menjalani khidmat masyarakat selama 50 jam, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Pelakon dan pelawak Saturday Night Live dan King of Staten Island yang berusia 29 tahun itu mungkin akan melakukan khidmat masyarakatnya dengan Jabatan Bomba New York, tempat mendiang bapanya bekerja, kata pendakwa raya daerah Los Angeles.

    Davidson berumur 7 tahun ketika bapanya, Scott, seorang anggota bomba New York, meninggal dunia akibat serangan 9/11.

    Davidson mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu dan dimasukkan ke dalam program pemulihan selama 18 bulan yang juga termasuk 12 jam sekolah trafik, perintah untuk mematuhi semua undang-undang dan restitusi yang tidak dinyatakan.

    Apabila Davidson didakwa pada 16 Jun, pendakwa raya menggelar nahas 4 Mac itu sebagai ‘perlanggaran serius’. Namun, tiada orang yang dilaporkan cedera. – AP

    Davidson semasa menghadiri tayangan perdana Meet Cute di New York pada 20 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda