Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petikan titah sulung Baginda Sultan dari Singgahsana Istana Darul Hana pada 5 Oktober 1967

    SA-SUNGGOH-NYA dengan yang terharu dan amat2 mengejutkan Beta menguchapkan shukor ka-hadzrat Allah Subhanahu wa Ta’ala Yang Maha Berkuasa, salawat dan salam ka-atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan sahabat2-nya dan dengan hati yang tulus ikhlas dan puteh berseh lagi hening menjunjong kaseh yang tidak terhingga kapada Paduka Ayahanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Omar ‘Ali Saifuddien sa-sunggoh-nya walau-pun hati Beta sukachita dan terharu kerana pemashhoran ini tetapi rasa sedeh menyayat di-hati atas perishtiharan turun dari takhta oleh Paduka Ayahanda yang Beta kasehi dan di-sayangi oleh seluroh lapisan ra’ayat dan pendudok Negeri Brunei Darussalam yang di-chintai ini.

    Bahawa sa-sunggoh-nya Beta ini maseh lagi muda apatah lagi mentah dalam segala2-nya, tetapi dengan keperchayaan Paduka Ayahanda dan Ahli2 Majlis Mashuarat Mengangkat Raja serta pembesar2 negara, pegawai2 kerajaan, ra’ayat dan pendudok Negeri Brunei Darussalam yang di-kasehi ini, dengan izin Allah dan dengan harapan Beta akan mendapat segala nasehat2 dan pimpinan dari Paduka Ayahanda, maka Beta sa-lakuSultan dengan sa-daya upaya Beta akan berusaha pada menjalankan dasar2 Paduka Ayahanda dan akan sentiasa memelihara keamanan, ketenteraman dan laila usaha bagi kema’amoran negara serta memelihara nama baik Negeri Brunei Darussalam juga mementingkan laila usaha dan meninggikan taraf hidup ra’ayat melalui laila rancangan dan kesejahteraan perkembangan negara yang telah dan sedang di-buat oleh Paduka Ayahanda dahulu dan mudah2an dengan izin Allah, Beta juga sentiasa akan menjaga dan memelihara dengan tidak kendor2-nya laila usaha mengenai Ugama Islam yang benar2 dan Adat Istiadat Brunei.

    Oleh itu, Beta sentiasa berharap dan menyeru kapada pembesar2 negara, Ahli2 Majlis Mashuarat dan seluroh ra’ayat yang dikasehi akan memberikan laila kerjasama saperti yang telah di-berikan kapada Paduka Ayahanda Beta sa-masa Paduka Ayahanda memerentah di-atas takhta singgahsana.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda