Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petisyen bantah penggunaan racun bunuh lebah cecah dua juta

    PARIS, 28 JULAI – Sebuah petisyen yang digerakkan oleh pelajar bagi menentang penggunaan kimia yang membunuh lebah mencecah dua juta tandatangan di Perancis hari ini, sekali gus menambah tekanan terhadap Presiden Emmanuel Macron agar tidak menandatangani rang undang-undang yang membenarkan penggunaannya.

    Undang-undang itu telah diluluskan pada 8 Julai lalu, namun tanpa perbahasan yang sewajarnya sebagai jalan pintas mengelak kebuntuan politik yang yang berpecah belah.

    Pada 10 Julai, seorang pelajar sarjana berusia 23 tahun memulakan petisyen menyeru kerajaan agar menarik balik undang-undang yang membenarkan semula penggunaan acetamiprid.

    Acetamiprid adalah sejenis racun yang sebelum ini diharamkan di Perancis sejak 2018 atas alasan ia merosakkan ekosistem dan popular dalam kalangan petani di Eropah serta bahan kimia itu kekal sah di peringkat Kesatuan Eropah (EU).

    Racun itu mendapat permintaan tinggi untuk penanam gula bit dan kacang hazel yang mendakwa tiada pilihan lain bagi menangani serangan serangga perosak, malah turut berdepan persaingan tidak adil dalam pasaran.

    Setakat pagi tadi, lebih 2,009,000 tandatangan telah dikumpulkan melalui laman web rasmi Dewan Negara Perancis.

    Antara yang menyokong termasuk 400 individu dari dunia kulinari, termasuk cef bertaraf Michelin yang mengecam apa yang mereka gelar sebagai ‘kebutaan politik’ dalam isu itu.

    Menurut satu tinjauan yang diterbitkan oleh La Tribune Dimanche kelmarin, 64 peratus responden berharap Macron tidak menandatangani rang undang-undang itu, sebaliknya menyerahkannya semula kepada perbahasan parlimen.

    Presiden Macron menyatakan beliau akan menunggu keputusan Majlis Perlembagaan yang dijangka mengumumkan kesahihan undang-undang tersebut pada 7 Ogos. – AFP

    Ahli kesatuan petani Perancis, Confederation Paysanne, memegang papan tanda yang tertulis ‘Undang-undang Duplomb buat kami murung’ di Saint-Michel, barat daya Perancis pada 5 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda