KUCHING, 2 APRIL – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bercadang melaksanakan projek takungan dwifungsi sebagai antara kaedah untuk memanfaatkan air hujan. Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata empat projek perintis akan dilaksanakan di Kuala Lumpur selepas cadangan itu mendapat persetujuan Kabinet. “Kita kena dapatkan keputusan utama daripada Kabinet (terlebih dahulu)

