Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Petrofes Brunei beriga produk TenCate

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Petrofes Brunei selaku pengedar sah fabrik perlindungan TenCate di negara ini telah mengadakan seminar kesedaran pelanggan yang
    berlangsung di salah sebuah hotel di Jerudong, kelmarin.

    Seminar yang dikendalikan oleh pakar TenCate dari Pejabat Asia Pasifik Bangkok, Thailand itu bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai fabrik tahan api dengan reka bentuk yang betul, teknologi dan kemampanan dalam pelbagai industri.

    Pada seminar itu, Petrofes Brunei turut mempamerkan rangkaian produk perkakasan perlindungan peribadi (PPE) yang pelbagai, terutamanya pakaian buatan tempatan iaitu FR Inherent, tudung segera, balaclava, lengan tangan dan banyak lagi produk yang diperbuat daripada fabrik TenCate.

    Pengurus Produk APAC TenCate, Luck turut hadir untuk memberikan gambaran keseluruhan fabrik berbeza yang syarikat keluarkan di Amerika Syarikat (AS).

    Antara yang hadir pada seminar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petrofes Brunei, Effendi Said, wakil dari Kementerian Pertahanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Brunei LNG Sdn Bhd dan syarikat lain.

    Syarikat TenCate merupakan pakar dalam pembuatan pakaian PPE yang digunakan oleh BSP, Brunei LNG, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd dan syarikat minyak dan gas lain di negara ini.

    Gambar ramai peserta seminar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Petrofes Brunei. – Gambar serahan Petrofes
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...