COLOMBO, 16 MEI – Perdana menteri baharu Sri Lanka menang sokongan penting daripada dua parti pembangkang utama hari ini, memudahkan tekanan ke atas pemerintahan kerabat Rajapaksa yang berdepan krisis ekonomi terburuk pulau itu.
Namun menekankan situasi sukar masih dihadapi oleh 22 juta penduduk Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berkata negara itu telah kehabisan petrol dan ‘beberapa bulan akan datang, akan menjadi kehidupan paling sukar’.
“Saya tidak berhasrat untuk menyembunyikan kebenaran dan menipu orang ramai,” kata Wickremesinghe semasa memberi ucapan.
Wickremesinghe berkata hari ini yang Sri Lanka tidak ada mempunyai dolar untuk membiayai import penting dengan tiga tangki minyak menunggu di luar Colombo untuk dibayar sebelum mereka memunggah.
Dia menambah yang negara itu telah kehabisan 14 ubat-ubatan penting, termasuk vaksin penyakit anjing gila.
Kementerian Kesihatan negara itu tidak membayar pembekal ubat-ubatan selama empat bulan dan kini telah disenaraihitam, tambahnya lagi.
Dia juga memberi amaran bahawa tarif minyak dan elektrik akan ditingkatkan dan kerajaan juga akan menjual syarikat penerbangan negara itu yang sudah banyak menerima kerugian.
Bagaimanapun, dia menggesa penduduk untuk ‘bersabar pada bulan-bulan akan datang’ dan berikrar akan menangani krisis tersebut.
Wickremesinghe bergelut untuk membentuk satu ‘kerajaan perpaduan’ dan jadual mengangkat sumpah bagi kabinet pada petang ini telah ditangguhkan ketika rundingan diteruskan berhubung perkongsian portfolio.
Empat orang menteri telah mengangkat sumpah pada Sabtu, semua dari parti Podu Jana Peramuna (SLPP) Rajapaksa.
Namun belum ada perdana menteri kewangan, dan ia dijangka Wic-kremesinghe akan mengekalkan portfolio penting itu untuk mengetuai rundingan berterusan bersama IMF bagi jaminan kewangan segera.
Perdana menteri baharu itu mengadakan rundingan kelmarin bersama perwakilan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia di Colombo bagi bantuan perubatan, makanan, minyak dan baja, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
Barisan panjang kelihatan di luar beberapa stesen minyak yang masih dibuka hari ini ketika pengguna menunggu bagi catuan petrol. – AFP