Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas lancar program pelaburan RM18 juta untuk Sabah

    KOTA MARUDU, 9 Feb – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hariini melancarkan program pelaburan sosial korporat (CSI) di Sabah bernilai RM18juta bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di beberapa kawasan di negeri ini.

    Program yang meliputi tiga inisiatif iaitu ‘Planting Tomorrow’, ‘FoodBasket’, dan Pembangunan Belia akan dilaksanakan dalam tempoh empat tahunsehingga tahun 2020 dan akan memberi impak positif kepada golongan sasar yang dikenal pasti.

    Planting Tomorrow merupakan program yang jalankan dengan kerjasama Yayasan Sejahtera, sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk menangani kemiskinan tegar, sejajar dengan matlamat dua daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

    Program Planting Tomorrow meliputi penyediaan bekalan air alternatif serta latihan pertanian kepada 160 isi rumah di tujuh kampung di Mukim Dandun, iaitu Dowokon, Bambangan Ulu, Maliau Layung, Maliau Pusat, Perupok, Pinapak, Nunguh di Pitas dan tiga kampung di Mukim Simpangan, Kota Marudu iaitu Patiu, Katud dan Pulutan.

    Kampung Patiu adalah kampung pertama yang menikmati bekalan air bersih dibawah program ini melalui pemasangan sistem bekalan air graviti bulan Januarilalu dan kerja pemasangan sistem yang sama sedang giat dijalankan di Kampung Katud dan Kampung Pulutan dan Mukim Dandun.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman diiringi Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan (tiga, kiri) melawat ruang pameran Petronas selepas merasmikan Program Pelaburan Sosial Korporat Petronas Sabah di Dewan Komuniti Kota Marudu. – Bernama
    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman diiringi Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan (tiga, kiri) melawat ruang pameran Petronas selepas merasmikan Program Pelaburan Sosial Korporat Petronas Sabah di Dewan Komuniti Kota Marudu. – Bernama

    Petronas turut melaksanakan program Planting Tomorrow di Kampung Imbak diTongod dengan kerjasama Yayasan Sabah yang meliputi pembinaan inap desa di Kampung Imbak yang terletak di laluan ke kawasan Konservasi Kanyon Imbak.

    Program Food Basket pula merupakan program membekalkan makanan bernutrisitinggi bagi menangani masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah bagi membantu mereka melalui proses tumbesaran yang sihat.

    Program ini akan dilaksanakan Petronas di Lahad Datu, Tuaran, Beaufort, Kudat dan Kinabatangan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

    Inisiatif Pembangunan Belia pula dirangka untuk memupuk gaya hidup sihatdan holistik dalam kalangan belia Sabah yang berumur antara 13 dan 17 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda