KUALA LUMPUR, 15 Julai – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan berkaitan kaedah penetapan baharu harga siling bahan api jika berlaku pertukaran ke atas mekanisme sedia ada. Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata setakat ini, tiada maklumat baharu mengenai perubahan mekanisme??????? harga minyak diperkenalkan kerajaan. “Kita masih lagi menunggu jika terdapat sebarang pendekatan baharu terhadap penetapan harga siling bahan api,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka