KOTA KINABALU, 1 OKT – Sumbangan Petronas dan Yayasan Petronas bernilai RM980,000 setakat ini menjadi bukti keprihatinan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab bersama kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri amat menghargai sumbangan syarikat tenaga itu, yang memperlihatkan komitmen

