MUGELLO, 2 JUN – Danilo Petrucci, dari pasukan Ducatti, mengatasi saingan Marc Marquez untuk meraih kemenangan MotoGP pertamanya hari ini pada Grand Prix (GP) Itali.
Sementara kejayaan di tempat kedua penunggang Sepanyol, Marquez, melanjutkan lagi pendahuluannya dalam kejuaraan dunia, di depan seorang lagi pemandu dari Itali buat Ducati, Andrea Doviziozo, yang menamatkan di kedudukan ketiga hari ini selepas persiangan tiga penjuru.
Juara MotoGP sebanyak lima kali, Marquez dari Honda sempat mendahului perlumbaan pada pusingan akhir tetapi Petrucci memintasnya dan menang.
“Ia hebat, saya teruja,” kata Petrucci, 28, yang menamatkan kejuaraan dunia di kedudukan kelapan pada 2017 dan 2018.
“Di depan saya adalah peminat di bandar saya sendiri, ia luar biasa, saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya.”
Marquez, pemenang tiga daripada enam perlumbaan musim ini, memulakan perlumbaan di petak utama tetapi terpaksa bersaing dengan dua penunggang Ducati itu dan Suzuki, Alex Rins, yang memberikan saingan hebat meskipun bermula di petak belakang.
Keempat-empat saling memintas antara satu sama lain tetapi Petrucci mendapat kuasa untuk memecut ke depan pada pusingan akhir litar Mugello.
Bintang Itali, Valentino Rossi terkandas dalam perlumbaan di laman sendiri, di mana penunggang Yamaha itu gagal menang sejak 2008 selepas rekod hebat tujuh kemenangan berturut-turut.
Marquez, yang hanya menang sekali dalam kategori MotoGP di litar itu, mendahului Dovizioso dengan 12 mata selepas enam pusingan musim ini. – AFP
