Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petua atasi kulit pucat

    Sesetengah wanita tidak mempunyai banyak masalah kulit tetapi rata-rata tidak boleh berpisah dengan alat solek kerana mempunyai kulit yang pucat.

    Bagi wanita yang mempunyai masalah itu, terdapat beberapa cara untuk awda mengatasinya.

    Berikut dikongsi antara petua yang boleh diamalkan bagi membantu kulit awda kekal kelihatan cantik dan sihat.

    1. Kulit pucat disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak baik, jadi pemakanan yang betul sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Elakkan memakan makanan yang diproses atau makanan segera dan banyakkan mengambil protein serta bersenam untuk melancarkan pengaliran darah dalam badan awda.

    2. Secara tradisional, sarang burung dikatakan baik untuk pengaliran darah sekali gus boleh mengatasi masalah kulit pucat.

    Pengaliran darah yang tidak baik boleh menjadi punca berlakunya kulit pucat. – Envato
    Gambar Envato

    3. Salah satu punca masalah kulit pucat adalah kurang air di dalam badan. Justeru, awda disarankan untuk banyak minum air dan kurangkan air yang manis atau berkabonat.

    4. Elakkan sebarang produk kecantikan yang mengandungi hydriquinone kerana ia mampu memutihkan kulit sehingga ke tahap yang terlalu pucat.

    5. Dr Howard Murad menyarankan kepada mereka yang mengalami masalah kulit pucat untuk membuat rawatan kulit muka yang berasaskan buah betik, nenas atau buah bercitrus kerana ia mempunyai enzim yang menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit lebih berseri-seri.

    6. Awda juga boleh membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah dengan menumbuk kacang badam dan campurkannya dengan susu untuk dijadikan pupur. Biarkan selama 30 minit dan lakukan rawatan ini selama 15 hari berturut-turut.

    7. Awda juga boleh memotong kecil daun pudina dan campurkannya bersama pencuci muka ketika membersihkan wajah untuk melembapkan kulit.

    8. Untuk mendapatkan kulit yang berseri, lenyek buah aprikot bersama minyak zaitun.
    Buah aprikot adalah baik untuk merawat kulit pucat manakala minyak zaitun berfungsi untuk melembapkan kulit. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda