Kantung bawah mata terbentuk disebabkan faktor usia yang semakin meningkat.
Lemak yang membantu menyokong mata boleh berpindah ke bawah mata, menyebabkan bengkak.
Masalah tidur juga boleh menyumbang kepada pembentukan kantung mata.
Sementara lingkaran gelap atau dark circle pula disebabkan oleh masalah tidur seperti kurang tidur atau terlalu letih. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit tip yang dikongsikan untuk awda.
KANTUNG BAWAH MATA
Tidur Cukup
Jika awda perasan masalah tidur akan menyebabkan pembentukan kantung di bawah mata awda, elakkan dari tidur lambat.


Graviti
Tukar kedudukan tidur awda kerana graviti bumi juga boleh menarik lemak yang terkumpul membentuk kantung di bawah mata.
LINGKARAN GELAP
Cukup rehat
Jangan tidur lewat. Pastikan awda mendapat rehat yang secukupnya.
Sudu beku
Simpan sudu di dalam tempat beku peti ais awda untuk beberapa minit, kemudian letakkan belakang sudu di atas mata awda.
Uncang teh
Uncang teh yang telah digunakan disimpan di dalam peti ais untuk beberapa ketika.
Kemudian letakkan uncang teh tadi di atas mata selama 25 hingga 30 minit dan tenangkan diri awda.
Krim mata
Gunakan krim mata yang terdapat di pasaran yang khusus boleh merawat masalah lingkaran hitam pada mata. – Agensi

