Celah paha merupakan kawasan yang sensitif dan mudah menjadi gelap sekiranya tidak kering sepenuhnya terutamanya selepas mandi.
Dari situ, pembiakan bakteria terjadi menyebabkan kulit menjadi semakin gatal, kasar dan kemerah-merahan sehingga bertukar menjadi hitam. Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh hormon tidak seimbang, tekanan berat badan dan geseran pada kulit.
Persoalannya, bagaimana cara untuk mengembalikan celah paha awda agar kembali putih dan berseri?
Berikut dikongsi beberapa petua untuk memutihkan celah paha yang mudah dan berkesan.
JUS LEMON
Perah jus lemon ke atas segenggam kapas dan sapu terus ke atas bahagian kulit gelap. Selepas 15 hingga 20 minit bilas dengan air suam. Setelah itu sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut dan biarkan sehingga kering. Amalkannya untuk realisasikan kulit cerah semula di bahagian tersebut.


SKRUB LEMON
Hiris tebal buah lemon dan skrub rata di bahagian kulit gelap. Lakukannya selama dua hingga tiga minit setiap hari sebelum mandi. Ia berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati di bahagian celah kelengkang.
EKSTRAK BUAH OREN
Ambil ekstrak buah oren dan kemudian sapukannya ke atas kulit gelap menggunakan kapas. Cuci dengan air selepas 20 minit.
BETIK SEGAR
Potong kecil buah betik dan gosok rata pada bahagian celah pangkal paha dan di sekitarnya.
Biarkan ia mengering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu untuk cerahkan kembali kulit di bahagian intim tersebut.
BUAH TOMATO
Belah buah tomato dan ambil sebahagian belahan tersebut serta gosok pada bahagian kulit mati agar ia menyerap masuk terus ke dalam kulit. Cuci dengan air setelah 20 minit.
SUSU SEGAR
Rendam sebahagian tuala kecil ke dalam susu segar yang sejuk dan sapukan di bahagian kulit yang gelap tersebut. Susu berfungsi untuk mencerahkan kulit secara semula jadi. Ia akan memberi kesan yang lebih cepat jika kerap diamalkan.
MINYAK ZAITUN
Urut di bahagian yang gelap tersebut de-ngan minyak zaitun setiap hari sebelum tidur. Ia akan membantu mencerahkan dan melembutkan kulit dengan lebih cepat. – Agensi

