Adalah penting sekiranya awda mengetahui warna apa yang sesuai untuk menutup cela wajah supaya kelihatan mulus dan berseri. Berikut dikongsi beberapa rangkaian produk yang sesuai digunakan bagi mendapat solekan yang sempurna.
JINGGA
Bagi awda yang mempunyai kulit gelap atau parut yang gelap, pigmentasi dan tompok hitam, colour corrector oren adalah jawapannya. Walaupun disapu pada kulit yang lebih gelap ia tidak akan mengalami perubahan ton warna. Selain itu, awda juga perlu memilih warna jingga yang sesuai atau seakan warna asli kulit agar ia kelihatan sekata.
HIJAU
Sekiranya awda mengalami masalah kemerahan dan jerawat pada kulit, colour corrector hijau adalah paling sesuai untuk menangani masalah itu. Selepas memakainya, sapukan penyamar noda warna coklat atau yang sesuai dengan warna kulit awda supaya ia sekata.
UNGU
Warna ini sesuai untuk awda yang memiliki kulit kuning langsat. Ia dapat menutup masalah mata panda iaitu lingkaran hitam pada mata. Selain itu, ia juga sesuai digunakan bagi awda memiliki kulit kusam. Colour corrector ini memberikan kesan cerah dan segar pada wajah.
KUNING
Jika lingkaran hitam di bawah mata awda berwarna kebiruan atau keunguan dan mempunyai kesan lebam pada wajah gunakan colour corrector kuning. Warna tersebut boleh mengubah atau menaikkan kembali warna kulit yang gelap menjadi cerah. – Agensi