Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Petua kulit cantik, awet muda

    Kita sering dinasihatkan supaya banyakkan minum air kosong, iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

    Amalan itu bukan saja penting untuk kesihatan badan, malah dapat membantu mengekalkan kecantikan kulit supaya nampak awet muda.

    Dengan mengamalkan meminum air kosong yang mencukupi, ia dapat memastikan organ badan termasuk kulit berfungsi sewajarnya.

    Selain itu, terdapat beberapa petua lain yang boleh diamalkan untuk memastikan kulit kekal sihat dan cantik. Berikut adalah beberapa petua mudah yang boleh diamalkan:

    CUCI MUKA DENGAN AIR BERSIH SEBELUM TIDUR

    Jika muka tidak dicuci sebaiknya, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

    Gambar Alodokter
    Buah-buahan adalah antara makanan semula jadi sihat yang kaya dengan pelbagai vitamin untuk kulit. – Berita Harian

    Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan penggunaan penyegar (toner) disusuli krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

    Pastikan muka awda dicuci bersih sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

    SAPUKAN KRIM PELINDUNG MATAHARI

    Apabila keluar rumah, jangan lupa lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit daripada terbakar oleh cahaya matahari terik.

    PENGAMBILAN VITAMIN C

    Ambil vitamin C, bagaimanapun ia tidak bermakna awda perlu minum jus oren setiap pagi.

    Jika boleh, pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C. Bahan antioksidan yang sangat mujarab ini memberi perlindungan kepada kulit awda daripada faktor alam sekitar yang memudaratkan dan vitamin C juga menggalakkan pengeluaran kolagen.

    Dengan kolagen secukupnya, kulit awda bukan saja akan kekal gebu dan menarik, malah dapat mengekalkan kelembapannya supaya ia sentiasa tampak segar, sihat dan berseri.

    BUANG TABIAT BURUK

    Awda mungkin mempunyai satu atau dua tabiat buruk yang tanpa disedari boleh menjejaskan kulit awda dan mengurangkan tahap penghidratannya.

    Antara tabiat buruk yang perlu dihentikan termasuk merokok, minum alkohol dan pengambilan terlalu banyak kafein yang boleh menjejaskan kelembapan kulit awda.

    Lama-kelamaan kulit awda akan berkedut dan kendur. Jadi buang tabiat buruk ini atau hadkan ke tahap minimum demi kesihatan dan kecantikan kulit awda.

    MAKAN SECARA SIHAT

    Mengamalkan diet sihat dan seimbang adalah cara terbaik menjaga kesihatan kulit.

    Apabila awda memberikan nutrien dan vitamin untuk keperluan dalaman badan awda, kesannya akan dilihat di luar. Untuk itu, pastikan badan awda mendapat asid lemak secukupnya untuk membantu mengekalkan penghidratan dan keanjalan kulit. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...