Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Petua kulit gebu, cantik

    SEOUL – Rangkaian sosial Cina, TikTok penuh dengan semua jenis petua kecantikan, daripada yang paling aneh hingga yang paling berkesan, namun petua yang terkini benar-benar menakjubkan.

    Seorang pengguna Korea Selatan mende-dahkan rahsia kecantikan ibunya yang berusia 44 tahun, yang melembapkan mukanya de-ngan wap daripada nasi yang sedang dimasak untuk mengelakkan garis halus dan kedutan. Petua yang dianggapnya pasti berkesan dan mujarab.

    Mengapa tidak ada yang memikirkan perkara ini sebelum ini? Itulah soalan yang mungkin awda ajukan kepada diri sendiri setiap kali petua baharu muncul di TikTok, walaupun ia sebenarnya penawar yang sudah lama diamalkan.

    Hakikatnya masih kekal kebanyakan masa – boleh dikatakan agak kerap – petua kecantikan yang terdapat di rangkaian sosial bukan sahaja berkesan, tetapi juga menjimatkan dan mesra alam… selain daripada kaedah yang gila, malah berisiko.

    Dan penemuan terbaharu mungkin menjadi bualan ramai, kerana ia boleh menjadi jawapan kepada salah satu tanda penuaan yang paling ditakuti oleh wanita – atau oleh masyarakat – iaitu wajah berkedut.

    Menurut pengguna TikTok Korea Selatan, wap daripada nasi yang ditanak membantu mengekalkan kulit gebu dan halus. – AFP

    Pengguna Justin Yoon (@justinyooniverse) berada di sebalik video kecantikan terbaharu yang tular ini.

    Pemuda Korea Selatan itu, yang kelihatan lebih gemar permainan video daripada petua kecantikan, berkongsi rutin ibunya, Lauren Kim yang berusia 44 tahun, (@yooniversemom), dirinya sendiri pengguna platform tersebut.

    Dalam video berdurasi 40 saat ini, yang mempunyai lebih 29 juta tontonan, anaknya menerangkan bahawa ibunya kelihatan lebih seperti ketika dia berusia dalam lingkungan 20an berbanding 40an, dan menerangkan rutin hariannya.

    Pada penghujung video itu, dia menunjukkan ibunya menggunakan ritual kecantikan ‘pelik’ tetapi berkesan yang melibatkan melembapkan mukanya setiap hari dengan wap daripada nasi yang sedang dimasak. Petua yang membolehkan dia mengekalkan kulitnya licin dan gebu, tanpa tanda-tanda penuaan.

    Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa rutin penuh Kim sebenarnya berdasarkan gaya hidup yang ideal, yang selaras dengan saranan kesihatan yang terkenal: senaman sederhana hingga bertenaga secara tetap, diet sihat dan seimbang yang sarat dengan sayur-sayuran selain rutin kecantikan yang terdiri daripada pupur muka, urutan dan wap air beras.

    Malah, Kim pada asasnya telah menerima konsep kecantikan holistik yang popular, yang melibatkan melihat kecantikan secara keseluruhan – dalam dan luar – dan dengan itu mengamalkan gaya hidup sihat yang seterusnya dicerminkan melalui kulit.

    Jadi, dalam kes ini, sukar untuk mengatakan sama ada wap yang terpancar daripada nasi yang ditanak benar-benar satu faktor dalam mencegah kedutan.

    Namun, ini bukan kali pertama air beras telah menimbulkan keriuhan di rangkaian sosial Cina. Satu ritual lama dalam budaya tertentu, air beras telah terkenal dengan banyak kebaikannya selama berabad-abad di Asia.

    Ia bukan sahaja penawar yang bagus untuk kulit kombinasi hingga berminyak yang cenderung kelihatan berkilat pada siang hari, tetapi ia juga membantu untuk mengatasi tanda-tanda penuaan tertentu, termasuk garis-garis halus dan kedutan.

    Sementara itu, di Asia pula, rambutlah yang mendapat manfaat daripada keupayaan air beras untuk menjadikannya lebih kuat dan berkilat, apabila digunakan dalam bentuk pupur.
    Petua menjimatkan ini mempunyai manfaat tambahan sebagai mesra alam, memandangkan ia mengitar semula air masak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...