Pada masa sekarang, nak pandu kereta jadi lebih mudah. Tak macam dulu di mana semua orang nak tak nak terpaksa belajar untuk memandu secara manual. Yang paling best, bila dekat ujian bukit tiba-tiba terundur semula, tak pasal-pasal gagal ujian memandu.
Kereta gear automatik mungkin nampak lebih mudah untuk dipandu. Yang kita tak berapa tahu, sebenarnya kereta gear automatik perlu dijaga rapi dan lebih teliti berbanding kereta gear manual. Disebabkan tu, kali ni blog Cycopro akan mengongsikan beberapa tip penjagaan kereta gear automatik untuk awda.
1. Hantar servis tepat pada masanya
Bagi kereta gear automatik, pastikan awda sentiasa mematuhi temu janji servis yang telah ditetapkan. Kalau boleh, sebelum sampai ke mileage yang ditetapkan tu pun dah boleh servis. Hal demikian kerana kereta gear automatik mempunyai minyak auto atau lebih dikenali sebagai minyak Automatic Transmission Fluid (ATF) yang perlu sentiasa diperiksa.
Selalunya, minyak auto akan ditukar pada setiap 24,000 kilometer (km).
APA AKAN TERJADI KALAU LAMBAT TUKAR MINYAK ATF?
Jika awda lambat tukar dan minyak ATF tak diperiksa, ada kemungkinan terjadi di mana minyak tersebut telah habis. Hal itu dapat menyebabkan gear tidak dapat berputar yang boleh menyebabkan kereta tidak dapat bergerak. Kejadian itu dapat mengakibatkan kerosakan dalaman bagi kereta awda.
Pada awalnya, awda mungkin hanya perlu tukar minyak ATF. Tapi bila minyak ATF dah habis dan kerosakan dalaman berlaku, ada kemungkinan awda perlu keluarkan kos yang lebih tinggi untuk membaiki kerosakan dalaman dan juga menukar gear baru. Kan lagi rugi tu?
Jadi, sentiasa pastikan servis kereta awda tepat pada waktunya.
2. Sentiasa letakkan mode D semasa lampu isyarat warna merah
Yang ni, memang selalu sangat berlaku salah faham. Ramai sebenarnya pemandu yang terus tukar ke mode N (Neutral) semasa lampu isyarat warna merah. Katanya, dengan alasan untuk jimatkan minyak.
Walau bagaimanapun, cara sebenar yang perlu awda lakukan ialah terus kekal untuk berada di mode D (Drive) walaupun semasa berada di lampu isyarat. Tekan brek semasa berhenti di lampu isyarat untuk jimatkan minyak.
KENAPA TAK BOLEH LETAK DI MODE N?
Sebenarnya, untuk tukar dari mode D ke mode N dapat merosakkan kereta gear automatik jika awda hanya perlu berhenti sekejap saja. Dengan penukaran mode secara sekejap itu dapat membuatkan gear awda cepat rosak.
Memang leceh sebenarnya bila perlu tekan brek dalam mode D. Tapi bila tukar ke mode N, ada risiko pulak untuk gear cepat rosak.
Jadi, bagi membuatkan gear kereta automatik awda tahan lebih lama, pastikan awda cuma kekal di mode D sambil menekan brek.
3. Jangan tukar gear sewaktu kereta masih bergerak
Ramai yang selalu lakukan kesalahan ini iaitu dengan tukar gear R (reverse) ke gear D tanpa berhenti sepenuhnya. Seharusnya, awda perlu betul-betul berhenti dahulu sebelum tukar ke D.
Semasa awda menukar gear, transmission band clamp akan berada pada gear. Tapi, jika awda tidak berhenti sepenuhnya – transmission band tersebut yang akan bertindak untuk menghentikan kereta awda. Hasilnya, awda telah meletakkan tekanan yang tak diperlukan ke atas transmission band tadi.
Seharusnya jika gearbox awda dijaga dengan betul, kemungkinan masih boleh tahan lebih lama. Tapi jika awda selalu amalkan untuk tukar gear semasa kereta masih bergerak, ada kemungkinan gearbox awda akan lebih cepat rosak lebih awal dari yang sepatutnya.
4. Jangan memandu dalam keadaan lampu minyak berkelip
Mungkin ramai yang ingat tiada masalah pun kalau memandu dalam keadaan minyak berkelip.
Tapi hakikatnya kepercayaan awda silap selama ini. Memandu dalam keadaan minyak berkelip sebenarnya sangat tidak disarankan. Hal itu boleh menyebabkan kerosakan yang sangat teruk pada komponen di dalam kereta gear automatik awda.
Disebabkan kereta gear automatik diciptakan dengan sistem yang agak kompleks, ia sangat memerlukan sistem pelincir untuk berfungsi dengan baik supaya sistem dapat berfungsi seperti biasa.
Namun, jika minyak berada di paras rendah, fuel pump akan berfungsi tanpa minyak pelincir yang akan mengakibatkan geseran berlebihan berlaku. Bila perkara itu terjadi, enjin kereta automatik akan lebih cepat panas dan dapat merosakkan enjin kereta pula.
Oleh itu, sangat penting untuk awda sentiasa pastikan untuk tidak selalu amalkan untuk memandu dalam keadaan lampu minyak berkelip.
5. Tukar ke mode P tanpa berhenti sepenuhnya
Awda perlu ingat, mode P hanya boleh digunakan hanya apabila kereta telah berhenti sepenuhnya. Jika kereta masih bergerak tapi awda telah menolak gear ke mode P, kereta terpaksa bertindak seakan brek.
Apabila hal ini terjadi, ia akan mengganggu proses sebenar yang diciptakan untuk kereta awda.
Jika awda berterusan mengamalkan tabiat sebegini, tidak hairan jika awda terpaksa keluarkan kos yang lebih untuk membaiki gearbox kereta automatik awda.
Untuk menyelamatkan duit poket awda, ubahlah tabiat itu dan berusaha untuk beri perhatian berkenaan cara sebenar untuk menukar gear.
BILA PERLU TUKAR MINYAK ATF?
Seperti yang diterangkan di atas tadi, minyak ATF akan ditukar setiap 24,000km. Namun, awda juga perlu lihat dari segi warna minyak tersebut.
Awda boleh lakukan pemeriksaan dengan meneliti warna pada oil stick.
Jika awda telah celup dan kelihatan warna coklat dan berbau terbakar, bermaksud awda perlu tukar minyak ATF awda secepat mungkin.
Jika awda sentiasa memandu di kawasan berbukit, pastikan awda sentiasa memeriksa warna minyak ATF awda.
Namun, banyak kereta gear automatik pada masa sekarang tidak dibekalkan dengan oil stick. Jadi, sudah memadai jika awda sentiasa menyemak mileage berkenaan bila masa yang sepatutnya untuk tukar minyak ATF.
Di samping itu, selain dari minyak ATF, minyak enjin juga perlu sentiasa diberi perhatian.
Untuk pengetahuan awda, prestasi minyak enjin boleh ditingkatkan dengan menggunakan friction modifier. Friction modifier berfungsi untuk membantu mengurangkan geseran di dalam enjin awda. Hasilnya, pembakaran minyak enjin akan menjadi lebih mudah.
KESIMPULAN
Bila lihat semula, banyak perkara yang kelihatan remeh dan kita selalu buat ketika memandu kereta gear automatik. Tanpa kita sedar, banyak kecuaian kita boleh mengakibatkan kerosakan berlaku kepada kereta.
Jika kita dapat ubah semua tabiat buruk itu, ada kemungkinan gear automatik kereta akan tahan lebih lama.
Jadi setiap kali memandu, kita perlu sentiasa ingat bahawa tabiat seharian kita dapat merosakkan bahagian mekanikal secara perlahan-lahan.
Dengan adanya tip penjagaan gear kereta automatik ini, diharap ia sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan awda. – Agensi