Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petua perintah berkurung untuk wanita dikritik

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Pihak berkuasa telah menasihati wanita supaya menyolek, tidak meleteri suami me-reka dan bercakap dengan suara lembut watak kartun ketika perintah berkurung, sekali gus mencetuskan sindiran di internet.

    Seperti kebanyakan negara, negara Asia Tenggara itu telah mengarahkan semua rakyat supaya tingal dalam rumah untuk membendung penularan koronavirus, yang telah membunuh lebih 30,000 orang di seluruh dunia.

    Dalam beberapa siri pos Facebook, kementerian wanita Malaysia menawarkan petua mengenai cara-cara isteri harus membawa diri mereka ketika perintah berkurung.

    Satu gambar menunjukkan sepasang suami isteri menyidai kain bersama bersebelahan satu kapsyen yang menasihatkan wanita supaya ‘mengelak meleteri’ suami mereka, dan meniru suara Doraemon, kucing robot kartun dari Jepun yang popular di seluruh Asia.

    Siaran itu dikeluarkan pada tengah hari ini berikutan beberapa kritikan, dengan kebanyakan orang menuduh kerajaan bersifat seksisme. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda