Musim hujan akan memberi kesan yang boleh menjejaskan solekan seseorang dan menyebabkannya berusaha mencari cara untuk mengekalkan solekan supaya bertahan lebih lama. Berikut adalah empat petua terbaik untuk menjadikan solekan awda tahan lebih lama semasa hari hujan!
1. BERALIH KEPADA SOLEKAN FORMULASI BERASASKAN AIR
Kelembapan dan haba menambahkan lagi masalah kecantikan yang sedia ada. Semasa persediaan untuk menghiasi muka awda sebelum solekan, pastikan awda menggunakan pelembap berasaskan air kerana ia mampu melembapkan kulit, di mana seterusnya akan menjadikan kulit terasa lebih ringan dan tidak terlalu melekit.
2. BERTUKAR KEPADA PRODUK SOLEKAN KEKAL LAMA
Formulasi cecair boleh membuat muka awda kelihatan lembut seperti tekstur kek. Adalah lebih baik untuk menggunakan solekan berasaskan produk yang kekal lama untuk memastikan solekan awda tahan lebih lama dan tidak mudah pecah.
Gunakan asas yang minimum dan kalau boleh tukar kepada bb cream yang ringan. Produk solekan kekal lama itu akan memberikan kemasan warna matte pada penampilan wajah awda.
3. PERLU SEMBURAN TETAPAN
Semburan tetapan (setting spray) adalah solekan asas yang paling penting selepas rutin solekan. Ia adalah satu kemestian untuk setiap penampilan solekan untuk tahan lama.
Hanya semburkan produk semburan solekan ke seluruh muka awda dengan lembut setelah awda selesai melakukan solekan. Ini akan menjadikan solekan awda tahan lama.
4. SERLAH SOLEKAN MATA
Apabila melakukan solekan mata, gunakan tona neutral kerana ia sangat sesuai untuk musim tersebut.
Gunakan celak dan maskara kalis air jika diperlukan untuk penampilan yang lebih lengkap.
Elakkan solekan yang terlalu menyerlah dan berkilauan kerana ia hanya akan menambah peluh dan menjadikan solekan awda kelihatan berat. – Agensi



