Tanggapan pertama berlaku pada saat mata bertemu mata. Secara keseluruhannya, rambut diambil kira. Tahukah awda seawal 35 tahun rambut mulai gugur sementara hampir 85 peratus rambut menipis pada umur 50 tahun?
Bagaimanapun, ia bukan satu berita buruk kerana masih terdapat cara untuk menangani masalah tersebut. Berikut dikongsi antara petua yang boleh diamalkan bagi membantu awda kembali tersenyum kerana memiliki rambut yang lebat dan sihat.
MAKAN BANYAK IKAN
Bukan sahaja mengandungi protein dan mineral, ikan adalah sumber terbaik omega 3 asid lemak dan vitamin D. Kedua-dua nutrien berkait dengan pencegahan keguguran rambut untuk pesakit-pesakit kemoterapi. Kedua-dua nutrien menawarkan jumlah faedah kesihatan, jadi awda perlu memasukkan ikan dalam senarai diet harian.
PERIKSA TAHAP ZAT BESI
Kekurangan zat besi adalah satu sebab yang mendorong kepada keguguran rambut tidak diduga. Kehilangan rambut berlaku sedikit demi sedikit, awda mungkin tidak sedar bila ia akan berlaku. Jadi, tambah makanan yang kaya dengan zat besi seperti biji benih labu, quinoa atau tauhu. Ia boleh membantu awda mengatasi masalah tersebut.
VITAMIN B
Vitamin B, biotin, folate, B2 dan B12 penting untuk pertumbuhan rambut. Malah, begitu penting sehingga ia ditetapkan di sisi rawatan perubatan untuk keguguran rambut. Jika awda kurang dalam pengambilan vitamin B ataupun zat besi, dapatkan rundingan doktor sebelum mengambil makanan tambahan.


URUS TEKANAN
Kira-kira 85 peratus rambut melalui fasa pertumbuhan manakala 15 peratus berada dalam peringkat kematian. Tekanan memberi kejutan kepada sistem itu dan kitaran ini menyebabkan 30 peratus hingga 40 peratus rambut mulai rapuh. Tekanan perasaan jadi lebih kronik bila berlanjutan, walaupun pada mulanya tidak sensitif. Cari jalan menguruskan tekanan, agar keguguran rambut dapat dielak.
BACA PRESKRIPSI LABEL UBAT
Pasti awda tahu bahawa kemoterapi terdorong kepada keguguran rambut. Dalam tidak sedar ramai yang kurang peka akan preskripsi ubat yang juga penyebab keguguran rambut. Pencair darah seperti warfarin, ubat artritis dan ubat tekanan mendorong kepada gejala itu. Justeru, baca label ubatan sebelum awda memilihnya.
KEBERSIHAN DIRI
Walaupun ini bukan penyebab utama, secara tidak sedar apabila kebersihan rambut tidak dijaga ini boleh menjurus kepada jangkitan kulit kepala. Kulit akan berkulat dan kurap pada kepala menyebabkan rambut bercapuk. Bagi mencegah keguguran rambut dan menghalang jangkitan kulat, cuci dengan bersih, tetapi jangan pula keterlaluan. Mencuci secara berlebihan boleh merosakkan kelenjar sebum sekali gus membuat kulit jadi lembap dan mengeluarkan kepingan kulit.
USAH RAGU BERJUMPA DOKTOR
Jumpa pakar dermatologi, tanya segala kemusykilan tentang perubahan pada rambut dan kulit kepala. Jangan malu, doktor mungkin mempunyai jawapan kepada semua soalan itu. Kulit kepala perlu diuji, jika doktor dapat mengenal pasti, nasihat yang diberi pasti berguna. Cadangan makanan sesuai dan panduan dari mana-mana topik yang telah dirangka di sini, pasti menemui jawapannya.
SELALU BERSENAM
Latihan senaman yang teratur tidak boleh dipertikaikan kebaikannya. Senaman membantu melegakan tekanan dan memperbaiki peredaran bagi kulit. Peluh yang dikeluarkan membantu kulit mencuci kekotoran dari permukaan. Kesihatan dari rambut hingga kaki terbela dan secara keseluruhannya untuk kekal sihat sentiasa. – Agensi

