Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petugas Jabatan Pertanian Sarawak perlu berintegriti, mesra pelanggan

    KUCHING, 21 JAN – Semua pegawai di Jabatan Pertanian perlu menyampaikan perkhidmatan dengan penuh berintegriti dan mesra pelanggan, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

    Beliau berkata jabatan itu paling rapat dengan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, manakala kebanyakan mereka terdiri daripada golongan petani serta sering berurusan untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan berkaitan.

    “Dalam perkhidmatan, kita berurusan dengan orang, kita mesti mempunyai empati dan kebaikan itu, jangan tunjuk muka masam bila ditanya tentang bantuan baja (sebagai contoh) dan saling menuding jari antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan berkenaan.

    “Jangan melayan petani sedemikian, membuatkan mereka berasa putus asa, malu untuk mendapatkan bantuan dan sebagainya. Sedangkan kita (Jabatan Pertanian) telah diberikan mandat untuk melaksanakan kerja, jaga imej jabatan dan organisasi pertanian,” katanya pada Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak hari ini.

    Bercakap kepada pemberita selepas melepaskan konvoi 14 kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pertanian, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mentransformasikan komuniti yang tinggal di luar bandar terutamanya petani dan nelayan. – Bernama

    Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (tengah) menyaksikan penyerahan senarai nama pekerja Indonesia sempena lawatan kerja ke Indonesia pada 7 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda