KUCHING, 21 JAN – Semua pegawai di Jabatan Pertanian perlu menyampaikan perkhidmatan dengan penuh berintegriti dan mesra pelanggan, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. Beliau berkata jabatan itu paling rapat dengan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, manakala kebanyakan mereka terdiri daripada golongan petani